Thursday 5 April 2012

apa itu yang dikatakan dengan masalah pendengaran

  • MASALAH PENDENGARAN
Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.
Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa.
Menurut Bee H.(1995),mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.
  • Sebelum lahir
ü Baka disebabkan genetic
ü Bukan baka
§ Jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya
§ Pengambilan dadah semasa hamil
§ Mengandung terlalu kerap
§ Oksemia pada peringkat akhir kehamilan

  • Semasa Lahir
ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan yang kuat di bahagian telinga
ü Kelahiran tidak cukup bulan
ü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahir
ü Penyakit ‘homolisis’ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh)

  • Selepas kelahiran
ü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus
ü Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
ü Terdedah kepada bunyi kuat

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas,kelihatan selalu berkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejut apabila dihampiri daripada belakang,tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.

Bagi perkembangan fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dana melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.



No comments:

Post a Comment