Monday 23 April 2012

Jenis Masalah Pendengaran



Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi adalah penting kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu
Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran
  • Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada
    Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
    Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.




    1. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah
      Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
    2. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama
      Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran

    pencegahan



    • Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras)
    • Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut)
    • Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan minyak
    • Berjumpa pegawai perubatan (ENT) – keluar nanah atau sakit
    • Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor - mengandung
    • Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat
    • Elakkan memukul di bahagian kepala

    penyebab masalah pendengaran


    Sebelum Kelahiran
    • Baka
    • Pengambilan dadah, alkohol
    • Toksemia
    • Jangkitan penyakit
    • Tidak diketahui
    Semasa Kelahiran
    • Tidak cukup bulan
    • Kelahiran yg terlalu lama
    • Penyakit hemolosis
    • Anoxia
    • Sawan
    Selepas Kelahiran
    • Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus
    • Kecederaan telinga
    • Pengambilan ubat berlebihan ototoksik (streptomycin)
    • Demam campak, beguk
    • Jaundis
    • Berat badan kurang dari 1500g
    • Jangkitan kuman telinga tengah
    • Tidak diketahui

    Tuesday 17 April 2012

    ciri-ciri masalah pendengaran


    Ciri-ciri
    • Meminta percakapan diulang berkali-kali
    • Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
    • Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
    • Sukar memahami perbualan di tempat bising
    • Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari
    • Sukar memahami perbualan telefon
    • Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
    • Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
    • Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
    • Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.
    • Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
    • Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
    • Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)

    Thursday 5 April 2012

    apa itu yang dikatakan dengan masalah pendengaran

    • MASALAH PENDENGARAN
    Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.
    Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.
    Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa.
    Menurut Bee H.(1995),mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.
    • Sebelum lahir
    ü Baka disebabkan genetic
    ü Bukan baka
    § Jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya
    § Pengambilan dadah semasa hamil
    § Mengandung terlalu kerap
    § Oksemia pada peringkat akhir kehamilan

    • Semasa Lahir
    ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan yang kuat di bahagian telinga
    ü Kelahiran tidak cukup bulan
    ü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahir
    ü Penyakit ‘homolisis’ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh)

    • Selepas kelahiran
    ü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus
    ü Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
    ü Terdedah kepada bunyi kuat

    Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas,kelihatan selalu berkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejut apabila dihampiri daripada belakang,tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.

    Bagi perkembangan fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dana melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.



    pengenalan

    1. Tujuan blog

    • Mendalami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Masalah Pendengaran’
    •  Memberi maklumat kepada pelayar web mengenai ‘Masalah Pendengaran’ dengan lebih terperinci
    •  Memberikan tanggapan dan perspektif yang positif kepada pelayar web yang menganggap ‘Pendidikan Khas’ sesuatu yang tidak penting dan menghilangkan tanggapan negatif mereka terhadap ‘Pendidikan Khas’.

    2. Objektif

    • Memberikan pengertian yang jelas kepada pelayar web terhadap apa yang dimaksudkan dengan ‘Masalah Pendengaran’
    • Skop yang meluas dalam Masalah Pendengaran Pendidikan Khas

    • Kemudahan yang disediakan untuk seseorang yang berkeperluan khas pendengaran

    3. Untuk Siapa Blog ini

    •  Pelayar web
    • Guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Khas
    •  Murid-murid sekolah
    • Segenap lapisan masyarakat

    4. Senarai Kandungan Blog

    • Pengenalan
    • Definisi Masalah pendengaran
    • Ciri-ciri masalah pendengaran

    • Penyebab masalah pendengaran

    • pencegahan
    • Jenis masalah pendengaran

    • Mengesan kecacatan

    • Bagaimana membantu

    • Belajar Bahasa Isyarat Online


    Selain itu, blog ini juga berkogsi maklumat berkenaan bahan-bahan yang perlu disiaokan untuk subjek 

    Teknologi Pendidikan berkenaan Power Point, Bahan 3D dan Kulit Buku./